I'm going to start a new recipe thread called "Simple Recipe"... these are all simple, fast and easy to do recipes suitable for busy career women and not to forget busy medic students :P.. Today's simple recipe is Gulai Telur & Bilis Goreng Kicap.
Gulai Telur
Bahan-bahan:
5 biji telur itik (kalau takde telur ayam pun boleh cuma telur ayam senang hancur + kurang sedap)
semangkuk santan pekat (yg segera dalam tin pun boleh)
6 biji bawang merah (dikisar @ ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih (dikisar @ ditumbuk lumat)
1 inci kunyit hidup (dikisar @ tumbuk lumat - boleh pakai serbuk kalau tak ada)
1 inci halia - dihiris kasar
1 inci lengkuas - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
1-2 asam keping
4-5 batang kacang panjang
3-4 biji cili padi
Garam dan Gula
Cara-cara:
-Pecahkan telur satu persatu didalam air yg mendidih dan rebus sampai masak.
-Angkat dan ketepikan telur
-Masakkan santan bersama2 bahan kisar, halia dan lenkuas yg dihiris, serai yg dititik.
-Kacau sentiasa
-Setelah mendidih masukkan asam keping, garam dan gula (Jangan sekali2 masukkan aji nomoto - tak sedap)
-Akhir sekali masukkan telur, cili padi (buang tangkai) & kacang panjang (sekiranya mahu gulai lebih pedas, cili padi boleh ditumbuk/dikisar bersama2 bawang)
-Hati2 mengacau supaya telur tidak hancur, boleh diangkat setelah kacang masak.
Bilis Goreng Kicap
-Gorengkan bilis sampai garing; ketepikan
-Dalam sedikit minyak tumis hirisan bawang besar dan cili padi/cili hidup sampai wangi
-Masukkan gula, garam dan kicap (agak manis, kalau pakai kicap manis pun boleh)
-Akhir sekali gaulkan bilis yang dah digoreng tadi