I celebrated Labour Day by cooking Nasi Dagang for my family.. I seldom had a chance to cook at home.. glad that I choose to cook these.. lama dah tak makan.. teringin..
Bahan2 Nasi
4 cawan beras Siam/Jasmine
1 cawan beras Pulut
3 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
1/2 sudu teh halba (fenigreek seed)
Garam dan gula secukup rasa
Cara2 Memasak Nasi
- Rendam beras selama 6-8 jam.
- Toskan dan kukus selama 1/2 jam.
- Angkat dan gaul rata dengan santan cair.
- Kukus balik sampai masak.
- Campurkan santan pekat dengan gula, garam, hirisan bawang, halia dan halba.
- Angkat nasi dan gaul rata dengan santan pekat tadi.
- Sedia untuk dihidang
(Tip:Elakkan menutup nasi ketika masih panas dan jangan sekali2 memanaskannya balik dalam rice cooker)
Bahan2 Gulai
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
5 cawan santan
2 sudu besar rempah Gulai Nasi Dagang
1 peket kecil rempah Gulai Cap Bunga Ros
10 ulas bawang merah (dikisar)
10-15 biji cili kering (dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 keping asam gelugor/keping
10 biji cili padi
Garam dan Gula Melaka
Cara2 Memasak Gulai
- Rebus ikan sehingga air kering dan ikan empuk; Tip:Rebus bersama2 garam (2-3 sudu teh) dan 5-6 asam keping. Boleh dibuat sehari sebelumnya.
- Masak santan (Tip:elakkan guna santan segera kerana santan segera susah naik minyak)
- Masukkan cili padi, bawang, rempah dan masak lagi sehingga naik minyak.
- Kalau kering masukkan sedikit air.
- Masukkan ikan, cili padi, asam keping, garam dan gula melaka.
Option:Disamping ikan, boleh juga masukkan telur rebus dan udang tapi udang harus direbus berasingan sebelum dimasukkan kedalam gulai bagi mengelakkan rasa air udang mencemari gulai (Actually only my family recipe that add prawns and eggs, other people in Terengganu only used fish)..
Selamat Mencuba!!! :P
0 comments:
Post a Comment