Hari ni cuti, so masak nasi minyak for lunch.. Preferably pakai daging, tapi daging habis, buat nasi minyak ayam ajelah.. sedap jugak.. complete dengan air sirap lagi.. alhamdulillah..


Bahan2 Nasi:
1 1/2 inci halia (diketuk)
1/2 biji bawang besar (sederhana besar) - dimayang
4 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
3 sudu makan minyak sapi
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu sejat ideal
seikat daun pandan
garam dan gula secukup rasa
sedikit perwarna merah


Cara2 memasak Nasi:
- Panaskan minyak sapi
- Tumis rempah 4 sekawan bersama2 halia dan bahan2 dimayang sampai naik bau
- Masukkan beras dan gaul sampai semua beras disaluti minyak, Tip:goreng beras seketika agar nasi menjadi lerai dan cantik
- Masukkan air, susu, garam, gula dan daun pandan
- Masak seperti biasa (dalam rice cooker)
Option:Setelah masak, titiskan pewarna merah dan gaul sehingga sebahagian butir nasi berwarna merah. Boleh juga ditambah perwarna hijau dan dihias dengan kismis, hirisan badam dan bawang goreng.


Bahan2 Gulai:
1 1/2 kilo ayam atau daging
4 sudu makan minyak sapi
1 biji kulit kayu manis
3 biji buat pelaga
6 biji cengkih
2 biji bunga lawang
1 1/2 inci halia - diketuk
6 biji bawang merah - dimayang
4 biji bawang putih - dimayang
5-7 biji cili kering - direndam air panas dan dikisar
4 sudu makan rempah kurma
3-4 biji kentang (dipotong 2)
2/3 cawan tomato puree (Option:boleh juga pakai sos tomato)
8 cawan air
1 cawan susu sejat ideal
2 cawan bawang goreng (lebihkan kalau mahu gulai lebih pekat)
1-2 sudu besar kicap
garam dan gula secukup rasa


Cara2 memasak gulai:
- Perap ayam/daging selama 1/2 jam dengan cili kering kisar dan rempah kurma
- Panaskan minyak sapi
- Tumis rempah 4 sekawan, bawang dan halia sehingga naik bau
- Masukkan ayam/daging yang dah diperap dan tumis sehngga rempah masak dan air ayam/daging keluar
- Masukkan air dan susu
- Masak sehingga mendidih dan masukkan tomato puree dan bawang goreng yang ditumbuk.
- Perasakan dengan garam, gula
Tip:Tambahkan sedikit kicap pekat (manis/masin) untuk warna yang lebih menarik
- Masukkan kentang
- Masak sehingga gulai pekat dan kentang masak. Sekiranya mahu daging ayam/daging lebih empuk lebihkan air dan masak lebih lama.
- Gulai ini rasanya agak manis dan masam (seakan2 kuzi)


Bahan2 Acar :
2 batang timun dipotong memanjang
1/2 cawan cuka
6 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
1/2 batang carrot (dipotong halus)
1/2 biji bawang besar (dimayang halus)
1 biji cili merah (dipotong halus)


Cara2 membuat Acar :
- Larutkan gula dan garam di dalam cuka
- masukkan timun, bawang, carrot dan cili, gaul rata
- Lebih sedap disediakan lebih awal dan disimpan didalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidang.