Bahan-bahan:
12 ekor udang
3 biji telur merah
3 sudu makan butter
daun kari
cili padi
serbuk kunyit
garam & gula
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali,
Gorengkan udang yang sudah digaul bersama serbuk kunyit dan garam,
Masukkan daun kari dan hirisan cili padi,
Goreng seketika, angkat dan ketepikan.
Cairkan butter/mentega dalam minyak lebihan menggoreng udang
Kiraikan telur merah menggunakan bekas roti jala,
Masak seketika dan masukkan udang yang diketepikan tadi.
Masukkan sedikit gula. Masak sehingga telur garing dan angkat.
Boleh toskan minyak berlebihan.
5 comments:
wow serangan bertubi2. hehe. nk try resipi ni tapi sini susah nk cari daun kari. org sini tak makan kari.
alah.. try je la.. boleh makan gak rasanya cuma kurang sedap sikitla.. hehe..
woowww.. thanx for sharing.. belum try buat, asyik beli je..
uish.. nk try gak le.. ehehe
salam singgah dari ku ;p
salam diana, baru perasan yg diana ada mintak recipe temosa dari i. i mmg tak check any comment from old postings. nanti bagi email ye, i'll email it to u :)
Post a Comment